Saturday, December 15, 2012

Story Mory

Assalamualaikum... Hai rasa hati macam nak post something hari ni,tapi tak tahu nak story pasal apa.. A rasa panas gila bila tahu Malaysia kalah lawan Thailand masa kat Bangkok tu..Dengar cerita pengadil dia tak adil,pengadil berat sebelah...Katanya lah, A tak tahu sangat sebab tak tengok pun perlawanan malam tu sebab dah masuk POLI balikkan..dapat tahu pasal benda tu semua melalui twitter,rakan-rakan di twitter yg tweet,menyuarakan perasaan tak puas hati pasal pengadil..ada yang sampai memaki hamun dalam twitter..haih,tak paham betul la...Hari tu ada juga baca dekat surat khabar pasal pemain Malaysia dilayan  teruk sebelum perlawanan menentang Thailand..aduh,kenapa boleh jadi macam ni?? apa salah team Harimau Malaya sampai,tuan rumah nak layan sebegitu gaya..Dengar cerita jugak yang kisah pemain Fadhli Shas di layangkan kad merah dan macam-macam lagi la..Kesian pemain Malaysia..Ramai yang kata bila Malaysia lawan Thailand memang tak ada peluang nak menang tapi masa lawan kat Malaysia,Harimau Malaya dapat jugak jaringkan satu gol,itu dah kira hebat bagi A..tapi malangnya Thailand tak nak kalah,dia pun nak sumbatkan juga satu gol,memang tak boleh buat apa la..Tapi A memang tabik spring la dekat pemain Harimau Malaya,walaupun dah di layan teruk,tapi tetap berusaha mungkin nasib tak menyebelahi team Harimau,tak apa lain kali kita boleh cuba lagi kalahkan Gajah..Janganlah kita kutuk lagi player Harimau,mereka dah berusaha sebaik mungkin nak menangkan negara kita..Kita kena bangga dengan Harimau sebab team Harimau langsung tak ada pemain import,kita guna perkhidmatan pemain tempatan je ,tapi negara lain mereka gunakan perkhidmatan pemain import jadi kat situ kita dah boleh bangga dengan Harimau.. 




Harimau Malaya di hatiku...



Lepas tu yang pasal penjaga golnya tu(Apek),perlu ke kaitkan prestasi pemainan dia dengan dia nak kawin tu? Mungkin memang tu salah dia,jadi apa salahnya kalau kita maafkan dan jangan salahkan dia,manusia tak semuanya perfectkan kadang-kadang manusia pun buat salah..panjangnya muqadimahkan..hahaha..



Cinta VLOG

Semalam A ada tengok cerita "Cinta VLOG" cerita tu memang best,A suka sangat tengok..bagi A lah best tapi tak tahu la kalau bagi orang lain kan,setiap orang lain pandangannya kan..Pelakon cerita ni Aliff Aziz,Wawa Zainal,Anne Ngasri and ramai lagi la..cerita ni kisahnya pasal VLOG,kan sekarang ni dah ada VLOG,dia macam BLOG juga tapi dia Video,sebab tu nama dia VLOG..hehe..tengok lah kat youtube,best wooo..Wawa Zainal kat dalam cerita tu memang comel sangat,suka tengok dia dalam cerita tu.. watak dia lemah lembut,sopan santun, ayu gitu..suka-suka cerita ni..hehe.. Aliff Aziz dalam cerita ni nampak sangat la macho dan hensem-hensem gitu.. Anne Ngasri dalam cerita ni memang kelakar sangat..haha.. Itu jela kot nak story dan nak diluahkan.. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..Adiosss,Peace (^^,)

Monday, December 3, 2012

Bulan Ramadhan Ku..

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera...agak berhabuk la blog ni. yela disebabkan i ni sibuk study dan sibuk dengan hal-hal peribadikan,memamg agak jarang la nk mengupdate blog yang tak seberapa ni..haha.. sekarang ni tengah ada masa dan ada idea nak menaip jadi i taip la sebanyak mana yang i nak taip kn..Study sekarang ni alhamdulillah semakin susah..mestilah susah,dalam dunia ni mana ada benda yang senang..kalau kita mahukan sesuatu perkara atau benda tu kita mesti bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..Alhamdulillah sekarang Ain dah habis sem 2 dan sekarang tengah cuti semester..haha..sekejap sem 1 pastu sem 2 plak..hehe..pada jun 2012 ain dah sah jadi siswi semester 2..tak lama lagi nak masuk sem 3 plak,tak sabar rasanya hati ni..pada sem 2 hari tu, Ain terpaksa berpuasa di Poli..Ambik ubat,dulu langsung tak pernah puasa jauh dari keluargakan,sekarang ni kena belajar puasa tanpa keluarga disisi..Masa minggu pertama tu agak susah jugak la sebab first time puasa kt Poli..Hari pertama puasa tu boleh pulak cafe tak buka,lepas tu bazar ramadhan yang dekat poli tu pun tak buka jgk. Agak pressure la kan..Dengan hati yang berapinya sebab cafe tak buka dan dengan pakaian yang macam nak g berperang kami satu bilik terpaksa la kena pergi bazaar ramadhan dekat bandar tp nasib baik la bazaar kat bandar tu tak jauh sangat..Lepas dah sampai bazaar kami pun apa lagi senyum sampai ke telinga tapi tup tup tengok bazaar tu penuh dengan orang ramai,jadi terpaksa la kami merempuh orang ramai tu untuk mendapatkan makanan untuk  juadah berbuka..Bila dah beli makanan kami pun nak balik la asrama nak balik asrama plak terpaksa tunggu bas atau van dah dapat van tu ingatkan sempat la berbuka dalam bilik tapi sangkaan kami meleset bila dalam perjalanan nak naik bukit balik asrama,azan pun turut berkumandang dan akhirnya kami berbuka di tepi jalan sambil minum air je untuk alas perut sebelum berbuka teruk kat dalam bilik..kami sebilik pun apa lagi masing-masing semua tergelak sebab first time berbuka tanpa keluarga dan first time jugak berbuka dekat tepi jalan.Banyak sangat kenangan yang tercipta masa bulan ramadhan hari tu. Sungguh tak dapat di lupakan. Ni gambar kenangan semasa bulan ramadhan ain di perantauan..ceh perantauan konon.

first time keluar masa sem 2 dan first time Ain kena drive kereta Auto.OhOh,tapi alhamdulillah semuanya selamat.


bayangkan satu kereta 6 orang termasuk pemandunya sekali,dekat belakang kena duduk 4 orang.haha.kesian you all.excited nak shopping barang untuk raya sampai dah tak kesah kena berhimpit-himpit.

orang lain semua beli baju,seluar tudung baru tp ain lain cerita pulak.boleh pulak beli handphone BlackBerry ni.hehehe.duit PT terlebih la katakan.haha.hari tu ain la orang yang pecah rekod beli barang sampai RM550 tapi barang yang dibeli 1 je. orang lain beli banyak tapi tak ada la sampai RM550.

Dari Kuantan Parade(KP)kami pergi plak East Cost Mall(ECM) nak berbuka la katanya dekat Rasa Mas yang dekat ECM, tapi akhirnya Rasa Mas penuh plak.Terpaksa la berbuka dekat food court ECM dengan minum air je. food court pun penuh.



Tetapi akhirnya kami dapat makan jugak dekat Rasa Mas,tapi kami makan lambat sikit la dalam pukul 8 baru kita orang dapat makan nasi.


Erm..nyam,nyam...sedapnya.. 


Licin sungguh pinggan,yang tinggal pun tulang-tulang ayam je..Fuh terbaaiikk la..

Gembira sungguh nampaknya mereka lepas dapat makan..kenangan yang sungguh mencuit jiwa..hahaha