Saturday, December 15, 2012

Story Mory

Assalamualaikum... Hai rasa hati macam nak post something hari ni,tapi tak tahu nak story pasal apa.. A rasa panas gila bila tahu Malaysia kalah lawan Thailand masa kat Bangkok tu..Dengar cerita pengadil dia tak adil,pengadil berat sebelah...Katanya lah, A tak tahu sangat sebab tak tengok pun perlawanan malam tu sebab dah masuk POLI balikkan..dapat tahu pasal benda tu semua melalui twitter,rakan-rakan di twitter yg tweet,menyuarakan perasaan tak puas hati pasal pengadil..ada yang sampai memaki hamun dalam twitter..haih,tak paham betul la...Hari tu ada juga baca dekat surat khabar pasal pemain Malaysia dilayan  teruk sebelum perlawanan menentang Thailand..aduh,kenapa boleh jadi macam ni?? apa salah team Harimau Malaya sampai,tuan rumah nak layan sebegitu gaya..Dengar cerita jugak yang kisah pemain Fadhli Shas di layangkan kad merah dan macam-macam lagi la..Kesian pemain Malaysia..Ramai yang kata bila Malaysia lawan Thailand memang tak ada peluang nak menang tapi masa lawan kat Malaysia,Harimau Malaya dapat jugak jaringkan satu gol,itu dah kira hebat bagi A..tapi malangnya Thailand tak nak kalah,dia pun nak sumbatkan juga satu gol,memang tak boleh buat apa la..Tapi A memang tabik spring la dekat pemain Harimau Malaya,walaupun dah di layan teruk,tapi tetap berusaha mungkin nasib tak menyebelahi team Harimau,tak apa lain kali kita boleh cuba lagi kalahkan Gajah..Janganlah kita kutuk lagi player Harimau,mereka dah berusaha sebaik mungkin nak menangkan negara kita..Kita kena bangga dengan Harimau sebab team Harimau langsung tak ada pemain import,kita guna perkhidmatan pemain tempatan je ,tapi negara lain mereka gunakan perkhidmatan pemain import jadi kat situ kita dah boleh bangga dengan Harimau.. 




Harimau Malaya di hatiku...



Lepas tu yang pasal penjaga golnya tu(Apek),perlu ke kaitkan prestasi pemainan dia dengan dia nak kawin tu? Mungkin memang tu salah dia,jadi apa salahnya kalau kita maafkan dan jangan salahkan dia,manusia tak semuanya perfectkan kadang-kadang manusia pun buat salah..panjangnya muqadimahkan..hahaha..



Cinta VLOG

Semalam A ada tengok cerita "Cinta VLOG" cerita tu memang best,A suka sangat tengok..bagi A lah best tapi tak tahu la kalau bagi orang lain kan,setiap orang lain pandangannya kan..Pelakon cerita ni Aliff Aziz,Wawa Zainal,Anne Ngasri and ramai lagi la..cerita ni kisahnya pasal VLOG,kan sekarang ni dah ada VLOG,dia macam BLOG juga tapi dia Video,sebab tu nama dia VLOG..hehe..tengok lah kat youtube,best wooo..Wawa Zainal kat dalam cerita tu memang comel sangat,suka tengok dia dalam cerita tu.. watak dia lemah lembut,sopan santun, ayu gitu..suka-suka cerita ni..hehe.. Aliff Aziz dalam cerita ni nampak sangat la macho dan hensem-hensem gitu.. Anne Ngasri dalam cerita ni memang kelakar sangat..haha.. Itu jela kot nak story dan nak diluahkan.. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..Adiosss,Peace (^^,)

No comments:

Post a Comment